images


images

.:: ISLAM is My Way ::. (no longer active)

" So do not become weak (against your enemy), nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers " [Al-Imran : Verse 139]

Monday, October 16, 2006

Mari belajar tajwid

Izhar Halqi

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
أ غ ح خ ع ه
Bacaan: Tidak dengun


Iqlab

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ب
Bacaan: Dengun


Idgham Bila Ghunnah

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ر ل
Bacaan: Tidak dengun


Idgham Maal Ghunnah

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ي و م ن
Bacaan: Dengun


Ikhfa' Hakiki

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
س ت ج ز ض د ق ف ص ط ظ ش ذ
Bacaan: Dengun

Izhar Syafawi

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
Selain dari م dan ب
Bacaan: Tidak dengun


Idgham Mislaini

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
م
Bacaan: Dengun


Ikhfa' Syafawi

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
ب
Bacaan: Dengun



Mad Asli

Jenis: Alif mati ( ْا ) - Huruf sebelumnya berbaris atas.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Wau mati ( ْو ) - Huruf sebelumnya berbaris hadapan.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Ya' mati ( ْي ) - Huruf sebelumnya berbaris bawah
Bacaan: 2 harakat


Mad Far'ie

Jenis: Mad Iwadh - Terjadi ketika berhenti. Sebagai ganti baris dua fathah ketika wasal.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mad Silah Saghirah - Ha dhamir ( له ) ganti nama terletak di antara dua huruf berbaris.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mas Silah Tawilah - Selepas Ha dhamir ( له ) terdapat Hamzah qata' ( أ ).
Bacaan: 2, 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Badal - Terjadi apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) di awal perkataan.
Bacaan: 2, 4 dan 6 harakat

Jenis: Mad Tamkin - Terjadi kerana berkumpulnya dua huruf Ya ( ي ). Yang pertama mati dan yang kedua berbaris.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mad Jaiz Munfasil - Apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) dalam dua kalimah.
Bacaan: 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Wajib Muttasil - Apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) dalam satu kalimah.
Bacaan: 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Aridh Lissukun - Adanya apabila wakaf. Sebelumnya terdapat huruf mad dan selepasnya terdapat huruf yang berbaris.
Bacaan: 2, 4 dan 6 harakat

Jenis: Mad Lin - Terdapat pada satu kalimah salah satu huruf Wau ( و ) atau Ya
( ي ). Huruf sebelumnya berbaris di atas.
Bacaan: Dibaca denagn lembut

Jenis: Mad Firaq - Untuk membezakan antara kata pertanyaan dan kata perkhabaran. Terdapat empat tempat sahaja dalam Al-Quran.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Kalimi Musaqqal - Apabila terdapat huruf mad yang sakinah bertemu dengan huruf bertasydid dalam satu kalimah.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf - Apabila selepas huruf mad terdapat huruf sukun asli yang tidak bertasydid dalam satu kalimah.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Harfi Musaqqal - Terdapat pada pembukaan surah. Terdiri dari tiga huruf. Huruf terakhir di idghamkan dengan huruf selepasnya.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Harfi Mukhaffaf - Terdapat pada pembukaan surah. Terdiri dari tiga huruf. Huruf terakhirnya tidak di idghamkan dengan huruf selepasnya.
Bacaan: 6 harakat

Qalqalah Kubra

Penerangan: Huruf Qalqalah berada di akhir perkataan.
Contoh: ( خَلَقُ )


Qalqalah Sughra

Penerangan: Huruf Qalqalah mati ( ْ ) berada di pertengahan ayat.
Contoh: ( لُقْمَنَ )

Alif Lam Qamariah

Bacaan: Sebutan huruf alif lam dijelaskan atau dizahirkan ketika membaca.
Contoh: ( أَلْحَكِيْمُ )


Alif Lam Shamsiah

Bacaan: Sebutan huruf alif lam disembunyikan ketika membaca.
Contoh: ( أَلسَّمَاءَ )


Free Web Counter
Free Web

4 Comments:

Blogger Produk Halal Tanggungjawab Bersama said...

Assalamualaikum wrbt...ana sgt tertarik dengan blog anti...teruskan perjuangan ini terutama segmen tajwid kerana bagus utk pengetahuan semua...ada masa ziarah lah ke blog ana ye...di http://islamhakiki.blogspot.com

ana sentiasa memberi sokongan kepada mujahid dan mujahidah yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Allahuakbar!

7:09 PM  
Blogger ~D4rkpR1ncE~ said...

Terima Kasih sebab bekalkan koleksi tajwid nie ^_^...need this for SPM(2008)

Thx A Lot....

4:41 AM  
Blogger ~D4rkpR1ncE~ said...

By the way saya nak minta kebenaran nak post tajwid nie dekat blog saya..Thx

4:42 AM  
Blogger SSA.K | miyu said...

Terima kasih. Blog post kamu ni sedikit sebanyak telah membantu saya untuk menghadapi kertas percubaan SPM Pendidikan Islam 2 esok. C: Insyaallah~

8:44 AM  

Post a Comment

<< Home