images


images

.:: ISLAM is My Way ::. (no longer active)

" So do not become weak (against your enemy), nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers " [Al-Imran : Verse 139]

Thursday, August 10, 2006

Pertukaran Arah Kiblat

Pertukaran Arah Kiblat (Pertukaran Arah Kiblat Pada Bulan Syaaban dan Dikatakan Pada Bulan Rejab, Tahun 2 Hijrah - Januari 624 Masehi):

1. Al-Barra' bin 'Azib telah berkata: Aku sembahyang bersama Nabi s.a.w menghadap ke Baitulmuqaddis selama enam belas bulan sehinggalah diturunkan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah:
(وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ)
Yang bermaksud: Dan di mana sahaja kamu berada hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Ayat ini diturunkan selepas Nabi s.a.w selesai menunaikan sembahyang. Seorang lelaki dari suatu kaum datang lalu menyelit di antara beberapa orang Ansar yang sedang menunaikan sembahyang Asar secara menghadap ke arah Baitulmuqaddis. Beliau bersaksi telah menunaikan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w di mana baginda menghadap ke arah Kaabah, lalu orang ramai turut bergerak mengubah arah masing-masing sehingga mereka betul-betul menghadap ke arah Kaabah.

2. Keadaan masjid juga turut berubah selepas perubahan arah kiblat dari sebelah utara ke arah selatan.

3. Nabi s.a.w telah mengubah mihrab dari sebelah utara masjid ke arah selatan dan menjadikan kiblat menghadap ke arah Mekah al-Mukarramah selepas ayat perubahan arah kiblat diturunkan.

4. Pada ketika itu Nabi s.a.w menunaikan sembahyang di tepi tiang Saidatina Aisyah r.a selama dua atau empat bulan, kemudian berpindah ke tiang al-Mukhallaqah atau tiang yang di sapu dengan wangian. Nabi s.a.w sembahyang di situ beberapa hari dan di situlah tempat beliau berdiri menunaikan sembahyang dan tempat mihrab baginda dibina.

5. Rasulullah s.a.w membina tiang masjid dari batang pokok tamar manakala atapnya pula dari pelepah tamar iaitu pada atap di ruang sembahyang serta di hadapannya manakala bakinya ditinggalkan lapang. Beberapa buah rumah juga dibina di kedua-dua bahagian tepi masjid. Setelah selesai pembinaannya, baginda menyempurnakan perkahwinan dengan Saidatina Aisyah r.a di dalam rumah tersebut. Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Syawal tahun 2 Hijrah.

Free Web Counter
Free Web

0 Comments:

Post a Comment

<< Home