images


images

.:: ISLAM is My Way ::. (no longer active)

" So do not become weak (against your enemy), nor be sad, and you will be superior (in victory) if you are indeed (true) believers " [Al-Imran : Verse 139]

Monday, October 16, 2006

Mari belajar tajwid

Izhar Halqi

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
أ غ ح خ ع ه
Bacaan: Tidak dengun


Iqlab

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ب
Bacaan: Dengun


Idgham Bila Ghunnah

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ر ل
Bacaan: Tidak dengun


Idgham Maal Ghunnah

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
ي و م ن
Bacaan: Dengun


Ikhfa' Hakiki

Penerangan: Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf berikut:
س ت ج ز ض د ق ف ص ط ظ ش ذ
Bacaan: Dengun

Izhar Syafawi

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
Selain dari م dan ب
Bacaan: Tidak dengun


Idgham Mislaini

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
م
Bacaan: Dengun


Ikhfa' Syafawi

Penerangan: Apabila min mati bertemu dengan huruf berikut:
ب
Bacaan: Dengun



Mad Asli

Jenis: Alif mati ( ْا ) - Huruf sebelumnya berbaris atas.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Wau mati ( ْو ) - Huruf sebelumnya berbaris hadapan.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Ya' mati ( ْي ) - Huruf sebelumnya berbaris bawah
Bacaan: 2 harakat


Mad Far'ie

Jenis: Mad Iwadh - Terjadi ketika berhenti. Sebagai ganti baris dua fathah ketika wasal.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mad Silah Saghirah - Ha dhamir ( له ) ganti nama terletak di antara dua huruf berbaris.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mas Silah Tawilah - Selepas Ha dhamir ( له ) terdapat Hamzah qata' ( أ ).
Bacaan: 2, 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Badal - Terjadi apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) di awal perkataan.
Bacaan: 2, 4 dan 6 harakat

Jenis: Mad Tamkin - Terjadi kerana berkumpulnya dua huruf Ya ( ي ). Yang pertama mati dan yang kedua berbaris.
Bacaan: 2 harakat

Jenis: Mad Jaiz Munfasil - Apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) dalam dua kalimah.
Bacaan: 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Wajib Muttasil - Apabila huruf mad bertemu Hamzah ( ء ) dalam satu kalimah.
Bacaan: 4 dan 5 harakat

Jenis: Mad Aridh Lissukun - Adanya apabila wakaf. Sebelumnya terdapat huruf mad dan selepasnya terdapat huruf yang berbaris.
Bacaan: 2, 4 dan 6 harakat

Jenis: Mad Lin - Terdapat pada satu kalimah salah satu huruf Wau ( و ) atau Ya
( ي ). Huruf sebelumnya berbaris di atas.
Bacaan: Dibaca denagn lembut

Jenis: Mad Firaq - Untuk membezakan antara kata pertanyaan dan kata perkhabaran. Terdapat empat tempat sahaja dalam Al-Quran.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Kalimi Musaqqal - Apabila terdapat huruf mad yang sakinah bertemu dengan huruf bertasydid dalam satu kalimah.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf - Apabila selepas huruf mad terdapat huruf sukun asli yang tidak bertasydid dalam satu kalimah.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Harfi Musaqqal - Terdapat pada pembukaan surah. Terdiri dari tiga huruf. Huruf terakhir di idghamkan dengan huruf selepasnya.
Bacaan: 6 harakat

Jenis: Mad Lazim Harfi Mukhaffaf - Terdapat pada pembukaan surah. Terdiri dari tiga huruf. Huruf terakhirnya tidak di idghamkan dengan huruf selepasnya.
Bacaan: 6 harakat

Qalqalah Kubra

Penerangan: Huruf Qalqalah berada di akhir perkataan.
Contoh: ( خَلَقُ )


Qalqalah Sughra

Penerangan: Huruf Qalqalah mati ( ْ ) berada di pertengahan ayat.
Contoh: ( لُقْمَنَ )

Alif Lam Qamariah

Bacaan: Sebutan huruf alif lam dijelaskan atau dizahirkan ketika membaca.
Contoh: ( أَلْحَكِيْمُ )


Alif Lam Shamsiah

Bacaan: Sebutan huruf alif lam disembunyikan ketika membaca.
Contoh: ( أَلسَّمَاءَ )


Free Web Counter
Free Web